Renungan Juma’at
( Al Fatihah )
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [1]
[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih haiwan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhluk-Nya, tapi makhluk yang memerlukan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah melimpahkan karnia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
2. Segala puji [2] bagi Allah, Tuhan semesta alam. [3]
[2] Alhamdu (segala puji). Memuji orang adalah kerana perbuatan- nya yang baik yang dikerjakannya dengan kemahuan sendiri. Maka memuji Allah bererti: menyanjung-Nya kerana perbuatanNya yang baik. Lain halnya dengan syukur yang bererti: mengakui keutamaan seseorang terhadap ni’mat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah kerana Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
[3] Rabb (Tuhan) bererti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Lafadz “rabb” tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). ‘Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia,alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. ALlah pencipta semua alam-alam itu.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai [4] di Hari Pembalasan [5]
[4] Maalik (Yang Menguasai) dengan memanjangkan “mim”,ia bererti: pemilik. Dapat pula dibaca dengan “Malik” (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.
[5] Yaumiddin (Hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik mahupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumul- hisaab, yaumuljazaa’ dan sebagainya.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah [6], dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. [7]
[6] Na’budu diambil dari kata ‘ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran ALlah, sebagai Tuhan yang disembah, karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
[7] Nasta’iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti’aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.
6. Tunjukilah [8] kami jalan yang lurus,
[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata “hidayaat”: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekadar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.
7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. [9]
[9] Yang dimaksud dengan “mereka yang dimurkai” dan “mereka yang sesat” ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Mesin ATM Tiada Note Kecil
Dalam zaman kehidupan moden ini penggunaan kad ATM tidak asing lagi. Pengunaan kad ini begitu menyeluruh hingga buku yang satu ketika dulu yang menjadi penyata kira-kira tidak lagi kita pedulikan. Hampir setiap orang dimuka bumi ini mempunyai kad ATM kecuali kau makhluk asing atau hantu .
Disebabkan pengunaannya yang meluas dari stesen minyak ke pasaraya dan berbagai-bagai kemudahan yang lain, kad ini tampak berjaya di zaman yang serba moden ini. Asalkankan isinya ada, bolehlah kita mengunakannya. Hingga kini kita tak perlu bawa tunai yang banyak kerana dikhuatiri akan hilang atau dirompak.
Sebenarnya bukan ini yang aku nak ceritakan. Semuanya bermula petang tadi. Aku baru sahaja memasukkan wang ke dalam akaun pada sebelah pagi mengunakan cek tunai. Aku berkira-kira petang ni mungkin aku boleh mengunakan wang tersebut. Maklumlah dah hujung bulan, semua dah paras-paras hidung. Gaji lambat lagi kerana company aku cukup 30 hari baru dapat gaji. Nak buat camner dah camtu sistem diorang.
Aku pun dengan rasa confident terus menuju ke ATM machine untuk mengeluarkan wang tersebut. Seingat akulah balance dalam tu ada lebih kurang RM42.75 sahaja. Yang lain semua aku dah sesah. Setelah masukkan kad aku masukkan pin nombor dan tanpa rasa malu aku pun menekan jumlah ‘RM1,000.00 lah..” tup-tup machine tu kata balance aku kurang. Oklah mungkin salah tekan. Cuba sekali lagi, pun sama jugak. Kebetulan aku nampak dalam bank tersebut seorang kakitangan yang memang baik dengan aku. Lalu aku memnaggil dia untuk menanyakan masalah aku. Sayang jawapannya hampa. Katanya duit akan masuk esok jam 6.00 pagi sebab dia “float”
Aduh dalam poket ader RM20.00 je ni, gaji lagi 3 hari. Aku teringat baki ader RM40.00 kat dalam akaun aku cuba keluarkannya. Tapi sayang bank tidak menyediakan wang kecil. Aku tanya lagi staff bank dia kata semua note RM50.00. Aduh sungguh tak adil. Bukan semua orang ader duit, tambah hujung-hujung bulan begini. Sambil mulut aku mengumat ngamit menyumpah seranah orang bank, tiba-tiba ader satu orang awek masuk nak keluarkan duit. Dia tanya kat aku kenapa marah-marah dan aku cerita hal sebenar.
Menurut awek itu dia seorang siswi sebuah University dan benda camni selalu terjadi pada dia dan kawan-kawan yang lain. Menurut beliau student lah yang selalu jadi mangsa keadaan. Ini kerana rata-rata student bukan ader duit sangat. Jimat cermat. Dia dah selalu kena katanya. Oleh itu dia selalu keluarkan penuh dari bank untuk mengelak benda-benda macam ni. Sungguh tidak adil bank buat camni, kata beliau.
Aku termenung sejenak, ader betulnya kata awek tu. Tak semua orang ader duit yang banyak dan yang sedikit tu pulak bila terdesak tak boleh di gunakan. Rasa sungguh terinaya. Kesian pulak aku fikirkan awek tu punya cerita.
Jadi petang tu aku pulang tangan kosong. Tapi takpe esok aku boleh keluarkan. Tapi kalau macam student tu, kalau dah ader RM40 jer camner nak keluarkan yer? Kejam-kejam! Aku berharap pihak bank dapat berbuat sesuatu kerana tugas mereka membantu melancarkan urusan perbankkan kita dan bukannya memikir keuntungan semata-mata. Aku puji Bank Simpanan Nasional kerana mereka sentiasa mempunyai wang kecil didalam mesin mereka. Diharap bank-bank lain dapat jadikannya sebagai contoh.
ps: Dalam banyak hal yang lain, bank sebenarnya banyak memberi kemudahan pada kita. Cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang
Michael Jackson ‘died of a drug overdose’, according to reports
Michael Jackson died after a heart attack triggered from a cocktail of seven different prescription drugs according to that latest reports coming out of Los Angeles.
The pop superstar, 50, was pronounced dead at 2.36pm local time after falling into a deep coma at his home in Holmby Hills, California.
US celebrity magazine Life & Style says Jacko was hooked on prescription drugs.
A source told them that the star had been popping pills, including anti-anxiety drugs Xanax and Zoloft and painkiller Demerol, for weeks before his death and that an overdose had caused respiratory and cardiac arrest.
The Jackson family lawyer Brian Oxman had already alluded to the involvement of drugs in the singer’s death when he likened the pop star’s death to that of tragic star Anna Nicole Smith in an interview with CNN.
He also blamed the people who surrounded the star for his death.
He said: “I believe (his manager) Frank DiLeo was with him at the time (of his heart attack), that is what I have been told.
“This family has been trying for months and months and months to take care of Michael Jackson. The people who have surrounded him have been enabling him.
“If you think the case of Anna Nicole Smith was an abuse, that is nothing compared to what has taken place in the life of Michael Jackson.
“I do not know what medications he was taking, but the reports that we have received within the family are that they were extensive.
“I don’t know the cause of all this. But this is something that I feared. This is a case of abuse of medications, unless the cause is something else.
“This was something which I feared and something which I warned about. Where there is smoke there is fire.”
Mirror.co.uk
Turun Genting Aku Naik Pangkat
Salam,
Korang semua jangan terkejut tengok tajuk aku sebab memang aku naik pangkat dari “last koperal” kepada “koperal” kenapa yer? Eh kau bukan askar haritz! Ye..ye aku bukan askar lah.. nantilah aku citer!
Aku naik pangkat sebab dapat baby lagi satu hehe.. Pada tulisan aku yang lalu ada aku cerita aku panjat Genting yan penuh dengan jerih. Tapi sebenarnya aku dapat laba. Sebab selang 2 hari kemudian aku dapat anak. Mungkin kerana bini aku banyak sangat berjalan kat atas sana jadi mengkin sebab tu. Entah mungkin kot.
Pada malam Selasa bini aku dah mengadu sakit-sakit. Aku mengagak mungkin kerana banyak berjalan sebab tu sakit-sakit. Sebagai suami aku tolonglah mana termampu sebab lelaki mana nak tau sakit orang pompuan ni.
Lebih kurang dalam pukul 3 pagi bini aku mengejutkan aku. Dengan nada nya yang cemas dia menyuruh aku membuka lampu. “Bang tengok tilam” Terdapat kesan tompokan basah di tilam (jangan coner aa..hehe) Alamak!! water-bag pecah lah..! ujar bini aku. Aku tergamam macam patung cendana.
Berpandukan pengalaman anak pertama aku yakin yang bini aku akan bersalin dalam masa terdekat. Selepas berkemas barang keperluannya aku bergegas terus ke Hospital Selayang. Sesampai disana nurse mengarahkan bini aku segera di tolak ke wad bersalin. Tapi sayang doktor bilang bini aku belum boleh lagi kerana baru buka 2 cm.
Kesian bini aku terpaksa tunggu lama dan 12 jam berikut baru lah ia betul-betul sakit. Lebih kurang pada jam 3:50 petang, maka lahir lah anak ku yang kedua. Aku namakan Muhammad Rafi’ee yang bermaksud Muhammad yang Agung, yang Tinggi dan Teratas. Dengan kehadiran Rafi’ee maka bertambah serilah kehidupan rumah tangga aku. Insyallah.
Fakta Kelahiran :
Lahir 3.50petang
Hari Khamis 11/06/2009
Berat 1.8kg
Pra Matang 7 bulan 2 minggu
Hospital Selayang















